BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

Frust gler!!

Can't open my cafe World game on FaceBook!!!!!
what's wrong with my broadband line..... its 3G line not GPRS.. so slow.. Farmville also face the same problem... whu this happen now??? while my both game is ready to serve n harvest!!! GerRam Gler!!!!!!! argh!!!

Wednesday, May 19, 2010

Shorcut to my link2

Haa... Trek selebriti Shahir (terkeluar mggu7)

Trek Selebriti AF8 Minggu-7 "Part-1"



--------------------------------------------------------------------------------
Trek Selebriti AF8 Minggu-7 "Part-2"


--------------------------------------------------------------------------------

Ngah boring2 ni yg post video nih.. huhuhu..

Monday, May 17, 2010

Motivasi Diri.

Tadi saya baru je update tentang motivasi2 ni la.. hehe.. tp bukan ayat saya pon yg saya update tadi. Tu semua saya ambil dari website  http://motivasikejayaan.com/  Best jugak tengok website ni... A lot of useful thing that u might see on ur self after read the article. Kire bley la motivated diri sendiri untuk naik 1 level lagi... Humm sebenarnya bukan senang nak motivasi kan diri sendiri inikan pula org lain. Saya ni pun golongan yang masih mencari kekuatan diri sendiri. Sebab sebagai seorang manusia ni, kte mungkin lebih senang melihat kelebihan @ kelemahan yang ada pada orang lain, tetapi gagal mencari kekuatan sebenar dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. 

3 tips membina mindset kejayaan [ bahagian 3 ]


Mindset kejayaan yang ketiga: belajar apa yang perlu Anda tahu sahaja
Untuk berjaya, Anda tak perlu belajar menguasai 5 kemahiran sekaligus dalam satu masa. Anda tak akan dapat mencapai apa-apa bila Anda buat camtu. Fokus untuk menguasai 1 kemahiran saja pada satu masa supaya Anda berjaya.
Macam kita lempar batu ke dalam lubang. Andai kata kita nak beberapa biji batu ke dalam 5 lubang dalam masa yang sama, Anda rasa Anda boleh buat tak? Dah tentu tidak. Kita hanya boleh melempar beberapa biji batu ke dalam 1 lubang pada 1 masa.
Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan Anda, selagi cara yang Anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariah Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.
Anda tak perlu belajar 5 perkara dalam 1 masa. Belajar 1 perkara pada 1 masa dulu. Paling bagus, belajar apa yang Anda perlu, bukan yang Anda sekadar mahu tahu. Sebagai contoh, katakan Anda mahu berjaya dalam kerjaya anda sekarang ni.
Pelajari selok-belok kerjaya Anda, luar dalam dalam serta selidiki tahap-tahap yang perlu Anda capai untuk Anda berjaya dengan cukup cemerlang. Ingat lagi tak mindset pertama? Hidup kita kena ada strategi, mesti mau ada BLUEPRINT.
Belajar perkara-perkara yang perlu buat masa ini, lakukannya langkah demi langkah. Lama kelamaan, bila Anda konsisten melakukannya Anda tak akan sedar yang Anda dah belajar banyak perkara berkaitan bidang Anda.
Kuncinya adalah – jangan terlalu tamak nak berjaya dengan cepat. Kejayaan akan datang sendiri bila Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan mempelajari apa yang Anda perlu tahu saja. Orang yang cemerlang dan berjaya, dia kurang tahu semua perkara, tapi dia tahu banyak perkara berkaitan bidang.
Takkan Anda nak tanya jutawan internet banyak perkara tentang pertukangan kereta?
Dia mungkin boleh jawap, tapi tak detail. Contoh saja, contoh!

2 perkara yang Anda perlu ubah untuk mencapai kejayaan


1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.
Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.
Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.
Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.
2. Berbakti kepada orang lain.
Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.
Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.
Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.
Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.
                                                                                                     
                                                                                                               
                                                                                                          http://motivasikejayaan.com/

Sunday, May 16, 2010

Vague/vogue Wateva!!




Vague.. adeh yai.... ingat kan Vogue!! 

umph!! haha...

hujan2 ni pi minum teh sedap ni!!..

I'm glad this night Shahir Berjaya pergi final!!!! really love it!! My mum n semua family la.. boleh dikatakan semua sokong Shahir!! Mase Shahir terkeluar dulu, mak saya memang x puas hati sangat!! Saya pon... hehehe.. tapi berita tadi cukup mengemmbirakan!!